Berita Semasa

Hukuman khidmat masyarakat kepada pembuang sampah merata-rata

TELUK INTAN – Kerajaan akan meminda undang-undang berkaitan bagi menghukum individu yang mempunyai tabiat membuang sampah merata-rata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka adalah berbentuk khidmat masyarakat seperti menyapu sampah dan mencuci longkang bersama pekerja pembersihan.

Tambahnya, pindaan itu akan dibentangkan pada sesi sesi Parlimen bermula Mac depan.

“Kita naikkan kompaun tidak berguna RM300 atau RM500 kerana orang boleh bayar.

“Tetapi apabila pesalah diminta sapu sampah di jalan selama lima jam pasti mereka tidak akan buang sampah lagi.

“Mereka (pesalah) akan dipelawa pakai baju khas untuk turut membantu pekerja pembersihan mencuci longkang, membersihkan tandas dan sapu jalan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Perasmian Jentera Baru Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button