Berita Semasa

Tiga terbunuh kereta terbabas ke dalam kolam takungan banjir

KOTA TINGGI – Tiga lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka terbabas lalu termasuk ke dalam kolam takungan banjir di Ladang YPJ, Ulu Sedili, di sini petang semalam.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Lee Choy Yeow, 49, Leong Kon Fatt, 72, dan Lee Fook Wan yang umur tidak dapat dipastikan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.40 petang, semalam.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke tempat kejadian berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan terbabas dan masuk ke kolam takungan banjir.

“Menurut maklumat, terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemukan manakala dua lagi masih hilang ketika itu.

“(Berikutan itu) PKO membuat kaedah mencari dipermukaan di sekitar kawasan.

Dia memberitahu, operasi menyelamat yang dilancarkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menggunakan kaedah ‘sweeper’ dan ‘focus point’.

“Mangsa kedua ditemukan lebih kurang pukul 11.10 malam dan mangsa ketiga ditemukan satu jam kemudian oleh pasukan PPDA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shawaluddin berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari tamat pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button