Berita Semasa

METMalaysia ramal hujan sangat lebat berterusan di Johor, Pahang

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramalkan berlaku di Rompin, Pahang dan beberapa daerah di Johor.

Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan, keadaan cuaca itu diramalkan berlaku di daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan turut dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera di Pahang serta Segamat, Tangkak dan Muar di Johor, selain di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Sementara itu, amaran tahap waspada dengan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang antaranya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.

Turut diramalkan, keadaan cuaca sama di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu, Sarawak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button