Berita Semasa

Maritim Malaysia selamatkan 14 kru kapal tangki terbakar

JOHOR BHARU – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan 14 kru warga asing sebuah kapal tangki yang terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, hari ini.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil bekata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) pada pukul 9.25 pagi setelah menerima makluman daripada kapal Maritim, KM Satria mengenai kebakaran tersebut.

“Sejurus OP Carilamat diaktifkan, KM Satria, KM Tambisan dan Bot Kilat 18 dari Maritim Malaysia Negeri Johor diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan OP Carilamat bersama dua bot dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

“OP Carilamat ini turut melibatkan lima buah Bot Tunda syarikat operator STS, Syarikat Contemporary Logistics bagi melawan kebakaran kapal tangki terbabit yang dikendalikan 15 kru warga Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur antara 22 hingga 73 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Kesemua kru yang diselamatkan kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warga Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura.

Difahamkan, pihak berkuasa Singapura berjaya menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan tiada tumpahan minyak dikesan setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button