Berita SemasaSukan

Kluivert mahu bawa Indonesia ke Piala Dunia

JAKARTA – Bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert mahu membawa skuad Indonesia layak ke pentas Piala Dunia.

Kluivert hari ini muncul buat pertama kalinya di hadapan media setelah diumumkan sebagai pengendali Sang Garuda, baru-baru ini.

“Semua orang tahu kami akan bermain empat perlawanan, empat final dan kami mahu mencapai apa yang diinginkan.

“Apa yang paling penting adalah untuk mendapatkan keputusan dan impaknya,” kata Kluivert dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Menurut Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Kluivert,48, menandatangani kontrak selama dua tahun dari 2025 hingga 2027 dengan pilihan dua tahun lanjutan.

Pelantikan Kulivert susulan pemecatan pengendali Korea Selatan, Shin Tae-yong, Isnin minggu lepas.

Untuk rekod, Tae-yong berjaya membimbing pasukan di ranking ke-127 dunia itu ke pusingan ketiga kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.

Sang Garuda kini berada di tangga ketiga di belakang pendahulu Jepun, diikuti Australia.

Dua pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026, manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat akan terpaksa mengharungi pusingan play-off.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button