Berita Semasa

80 rumah atas air musnah dalam kebakaran

TAWAU – Sebanyak 80 buah rumah dilaporkan musnah dalam satu kebakaran di penempatan atas air dekat Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, kebakaran kira-kira pukul 7.30 pagi itu berlaku dengan dengan pantas berikutan keadaan rumah papan yang rapat antara satu sama lain.

Katanya, terdapat tiga mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap namun dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang berada di lokasi.

“Operasi pemadaman membabitkan seramai 51 anggota termasuk dari BBP Kunak serta Bomba Komuniti Titingan dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.20 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button