Berita SemasaJenayah & Mahkamah

SPRM reman pengurus akaun badan berkanun disyaki seleweng RM600,000

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis mendapat kebenaran menyambung reman seorang pengurus akaun badan berkanun kerana disyaki menyeleweng wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.

Perintah sambung reman selama tiga hari sehingga 14 Januari 2025 dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi susulan tempoh reman asal terhadap suspek tamat pada hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita berkenaan sebelum ini ditahan bersama seorang lagi kakitangan wanita badan berkanun berkenaan pada Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.

“SPRM Perlis juga telah menyita dan merampas barangan mewah termasuk barangan kemas berjumlah kira-kira RM100,000 dipercayai diperolehi hasil daripada perlakuan jenayah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button