Berita Semasa

Sistem kod QR KLIA jadi game changer, pendekkan proses imbasan kepada 4 saat

SEPANG – Sistem kod respons pantas (QR) yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menjadi game changer apabila dapat memendekkan tempoh proses imbasan kepada empat saat khusus untuk rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses tersebut lebih pendek daripada tempoh yang sepatutnya iaitu 60 saat berbanding cara manual sebelum ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

“Masa yang saya ambil tadi empat saat sahajauntuk palang dibuka, ini betul-betul game changer,” katanya dalam sidang media selepas meninjau pelaksanaan sistem itu di KLIA pagi ini.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencuba sistem kod respons pantas (QR) yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Saifuddin berkata, setakat ini sebanyak 20 kiosk sistem tersebut dipasang di KLIA dan KLIA2.

Ia melibatkan perbelanjaan RM19.2 juta termasuk kos pembinaan aplikasi aplikasi MyBorderPass yang perlu dimuat turun sebelum membuat imbasan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sistem tersebut akan diperluaskan ke lapangan terbang antarabangsa utama di negeri-negeri lain secara berperingkat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencuba sistem kod respons pantas (QR) yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Selain itu sistem kod respons pantas juga akan digunakan bagi memudahkan kemasukan perwakilan Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini termasuk pelancong dari negara-negera tersebut sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

“Sempena Sidang Kemuncak ASEAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingatkan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pastikan pintu masuk utama supaya tidak ambil masa (kemasukan perwakilan di kaunter Imigresen).

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencuba sistem kod respons pantas (QR) yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

“Ini kerana (ramai yang hadir) sebab hampir 400 mesyuarat tahun ini dalampersidangan yang bakal dikendali oleh Wisma Putra,” katanya.

Jabatan Imigresen sebelum ini
memberi jaminan pelaksanaan pembaharuan kemudahan autogate menggunakan sistem kod QR di KLIA tidak akan menjejaskan keselamatan khususnya berhubung pelepasan warga asing masuk ke dalam negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button