Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 963 Orang
KOTA TINGGI – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 963 malam tadi berbanding 335 mangsa pagi semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 962 mangsa banjir kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu manakala satu lagi PPS di Kluang mula dibuka untuk menempatkan seorang mangsa banjir.
Setakat pukul 9.30 pagi, PPS Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) menempatkan seramai 175 mangsa daripada 50 keluarga, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana pula menampung jumlah sama melibatkan 51 keluarga.
PPS lain yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dengan 135 mangsa daripada 54 keluarga dan SK Bandar Penawar yang menempatkan 130 orang daripada 59 keluarga.
Sementara itu, PPS Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1 di Kluang dibuka pagi ini untuk menempatkan seorang mangsa banjir dari kawasan tersebut.
Keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka menyebabkan jumlah mangsa terus meningkat dan pihak berkuasa menyeru penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune