Minggu produktif, Malaysia giat perkukuh hubungan diplomatik – PM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila menerima kunjungan pemimpin dari Singapura, Indonesia dan Jepun sekali gus memperkukuhkan hubungan diplomatik sedia ada.
Anwar berkata, pertemuan tersebut membuka peluang kepada kerjasama baharu yang bakal memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.
“Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya pada satu hantaran di laman X hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam merangka dan melaksanakan usaha memperkukuh ekonomi negara, meningkatkan sosio-ekonomi rakyat serta memperhebat citra Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
“Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksana segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara, sosio-ekonomi rakyat dan memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN demi kemakmuran bersama rantau ini,” tambahnya.
Kunjungan pemimpin negara sahabat seperti Singapura, Indonesia dan Jepun dilihat memperkukuh keyakinan terhadap Malaysia sebagai rakan strategik serantau.
Perbincangan itu juga dijangka membuka jalan kepada kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, teknologi dan hubungan rakyat.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune