Tuntutan bertindih: Malaysia kekal pertahan kedaulatan negara
KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus dengan pendirian untuk kekal neutral dalam hubungan antarabangsa.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia berhasrat untuk bersahabat dengan mana-mana negara yang sehaluan dan tiada peralihan ke arah ‘berpihak’ dalam politik global.
“Dalam soal tuntutan bertindih dengan mana-mana negara, pendirian negara kekal untuk mempertahankan kedaulatan kita.
” Malaysia akan sentiasa menggunakan ruang diplomasi, termasuklah melalui ASEAN bagi menangani cabaran-cabaran seumpama ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.
Terdahulu beliau menjadi panel semasa Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 dengan mengangkat topik perbincangan berkenaan “ASEAN Dynamism: Capitalising on Opportunities & Navigating Transitions”.
Beliau berkata, ruang itu telah digunakan untuk berkongsi perspektif kerajaan secara amnya dan Kementerian Pertahanan secara khususnya berkenaan ASEAN.
“Pelbagai perkara telah diulas dan dikupas antaranya, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, cabaran di Laut China Selatan, peranan yang boleh dimainkan melalui ASEAN, dasar luar negara dan penyertaan dalam BRICS,” katanya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune