Berita SemasaJenayah & Mahkamah

MOTAC Labuan beri amaran individu menyamar pegawai kementerian

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pegawai kementerian di wilayah ini.

MOTAC Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu kenyataan berkata, individu dikenal pasti sebagai Mohd Fitr Zakaria itu dipercayai menggunakan identiti palsu bagi tujuan untuk memperdaya orang awam.

“Individu terbabit dipercayai menyamar sebagai pegawai MOTAC Sabah dengan tujuan memperdaya orang ramai dan pihak tertentu menggunakan dokumen serta identiti palsu.

“Suspek menggunakan nombor telefon 010-4240373 dan alamat emel merc8528@gmail.com untuk menjalankan aktivitinya,” kata kenyataan di Facebook hari ini.

Justeru, MOTAC mengingatkan orang ramai bahawa semua urusan berkaitan pembekalan, perkhidmatan atau transaksi perlu dilakukan melalui saluran rasmi dan tidak melibatkan orang tengah.

“Kementerian memandang serius sebarang usaha mencemarkan nama baik MOTAC melalui aktiviti penipuan dan penyamaran. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terbabit,” katanya.

Kenyataan yang dikongsikan MOTAC Wilayah Persekutuan Labuan di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, MOTAC menegaskan semua urusan rasmi kementerian perlu dilakukan melalui saluran yang sah dan pegawai berdaftar.

“Sebarang komunikasi mencurigakan mesti disahkan terlebih dahulu melalui Pejabat MOTAC Negeri atau saluran rasmi kementerian.

“Orang awam diingatkan untuk tidak memberikan maklumat peribadi, dokumen sulit atau membuat sebarang pembayaran kepada individu tidak dikenali,” katanya.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pejabat MOTAC negeri atau layari laman web rasmi di https://www.motac.gov.my/.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button