Berita SemasaDalam Negeri

Kesihatan Prof Kamil semakin kritikal – Isteri

SHAH ALAM – Kesihatan pendakwah serta penulis prolifik, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim semakin merosot akibat kanser paru-paru tahap 4 yang dihidapinya.

Perkara itu dimaklumkan isteri beliau, Raudzah Roslan menerusi beberapa siri hantaran di Facebook hari ini.

“Keadaan suamiku Muhd Kamil Ibrahim agak kritikal pagi ini.

“Beliau mohon maaf pada semua. Doakan dipermudahkan urusannya di dunia, di alam kubur lebih lagi di Padang Mahsyar di akhirat nanti,” kata Raudzah yang juga seorang penulis.

Tangkap layar hantaran di Facebook Raudzah mengenai keadaan suaminya hari ini.

Raudzah turut memanjatkan doa khusus buat suaminya.

“Mudah-mudahan dilindungi bawah teduhan Arasy Allah Yang Maha Agung. Dipercepatkan urusan perhitungan.

“Menerima buku amal di tangan kanan. Mendapat syafaat Rasulullah SAW. Berpimpin tangan untuk masuk ke syurga tanpa dihisab tanpa diazab dengan rahmat Allah.

“Ya Rabb , tempatkan dia, daku dan kami semua ke dalam syurga-Mu… syurga Firdaus yang tertinggi di sisi-Mu,” tulisnya.

Selain itu beliau turut menulis status ringkas berbunyi: “MKI agak kritikal sejak malam tadi. Dr minta panggil anak-anak ke hospital. Doakan.”

Sekitar pukul 12 tengah hari pula, Raudzah sekali lagi menitipkan kata-kata yang mengundang sebak dalam kalangan pengikut mereka: “Muhd Kamil Ibrahim pesan mohon hadiahkan surah Ar-Ra’ad pada rohnya.”

Awal Disember tahun lalu, Prof Kamil disahkan menghidap kanser paru-para tahap 4 yang dikatakan sudah tidak boleh dirawat.

Rawatan yang diambil hanya mengawal keadaan kesihatannya, bukan menyembuhkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button