Juruterbang maut, empat penumpang terselamat dalam nahas pesawat di Brazil
SAO PAULO – Seorang juruterbang maut manakala empat penumpang terselamat selepas sebuah pesawat ringan terhempas di luar kawasan Lapangan Terbang Ubatuba, semalam.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi nahas, pesawat Cessna 545 itu dipercayai terbabas ketika pendaratan menyebabkannya tersasar ke dalam laut.
Pesawat malang itu dikatakan terbabas keluar dari kawasan lapangan terbang ekoran permukaan landasan yang basah akibat hujan.
Menurut saksi, berlaku perlanggaran yang menyebabkan letupan sebelum pesawat itu tersasar ke kawasan laut berhampiran.
Penumpang pesawat terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak yang berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.
Kapten Jabatan Bomba Ubatuba, Karoline Magalhães, berkata, pasangan Mireylle Fries dan suaminya Bruno Almeida Souza bersama dua anak kecil dihantar ke Hospital Santa Casa de Ubatuba dan dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, juruterbang pesawat, Paulo Seghetto, maut di tempat kejadian dipercayai akibat terkena serangan jantung ,” lapor Globo News
Kerajaan bandar Ubatuba dan Jabatan Keselamatan Awam São Paulo melaporkan, seorang individu yang berada di pantai turut cedera dalam nahas itu.
Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Perbandaran Mineiros, di negeri Goiás, sebelum berdepan dengan cuaca buruk di Ubatuba.
Menurut rekod Agensi Penerbangan Awam Nasional, pesawat yang dibina pada tahun 2008 dengan kapasiti tujuh penumpang dan dua juruterbang itu dimiliki oleh Mireylle Fries dan keluarganya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune