Jurugambar mengaku tidak bersalah cederakan pereka fesyen Datuk Vida
PETALING JAYA – Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen di sebuah hotel di sini.
Memetik laporan Sinar Online, Muhammad Imran Khairil, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.
Mengikut dua pertuduhan, lelaki itu yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 47, dan Raziman Din, 53, dengan menggunakan kamera sebagai senjata.
Kesalahan didakwa dilakukan di aras satu sebuah hotel di sini jam 8.45 dan 9 malam pada 8 Januari lalu.
Dua kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Kaseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamim bagi setiap pertuduhan.
Kelmarin tular video pereka fesyen kepada Datuk Seri Vida itu diserang oleh seorang jurugambar ketika berlangsung acara satu majlis.
Serangan itu menyebabkan pereka fesyen itu mengalami kecederaan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune