Berita Semasa

Hujan lebat tahap bahaya dijangka berlaku di Johor, Pahang hingga Ahad ini

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang akan berlaku di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru, Johor.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang (Bera dan Pekan), Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) sehingga Ahad ini,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, hujan berterusan pula dijangka berlaku di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran dan Kuantan), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Melaka. 

Turut terlibat ialah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu, Sarawak sehingga Ahad ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button