Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Empat cedera dalam serangan berparang di restoran

NILAI – Empat lelaki berusia antara 44 hingga 59 tahun cedera dalam serangan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di sebuah restoran, kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati serangan dilakukan oleh lima suspek yang menaiki sebuah kenderaan sebelum berhenti dan meluru ke arah meja mangsa.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian itu.

“Serangan berlaku ke atas empat lelaki tempatan yang sedang menjamu selera di restoran itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan dan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, motif serangan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button