Buku Becoming Hannah dicetak kali ke-19
KUALA LUMPUR – Buku autobiografi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey terus mendapat sokongan peminat apabila penerbitnya mengumumkan ia diulang cetak buat kali ke-19.
Hannah memaklumkan perkara itu melalui satu hantaran di Facebook.
“Penerbit saya telah maklumkan bahawa buku Becoming Hannah: A Personal Journey kini akan diulang cetak buat kali ke-19,” tulis Hannah.
Bersama hantaran itu juga, Hannah turut menyertakan satu link mengenai reviu buku tersebut oleh Daniel Teoh.
Buku itu bukan sahaja menjadi kegemaran ramai tetapi turut mengukuhkan kedudukannya sebagai karya yang berpengaruh dalam mempersembahkan perspektif unik tentang politik dan kepercayaan di Malaysia.
Dalam ulasan oleh Daniel tersebut, Becoming Hannah: A Personal Journey digambarkan sebagai sebuah karya yang jujur.
“Buku ini membawa pembaca menyusuri perjalanan Hannah Yeoh daripada seorang yang baru dalam dunia politik kepada peranan penting yang dimainkan beliau hari ini.
“Bab bertajuk A Greenhorn menjadi bukti kepada perjalanannya sebagai seorang pemimpin yang bermula dari bawah,” tulis Daniel.
Daniel juga mengatakan salah satu aspek menarik yang diketengahkan dalam buku ini adalah sifat rendah diri Hannah.
Beliau menyatakan: “I know I am completely dispensable” (Saya tahu saya sepenuhnya boleh digantikan) yang menjadi tema berulang sepanjang buku ini, khususnya dalam bab-bab akhir.
Ciri itu membezakan beliau daripada kebanyakan ahli politik lain, meskipun ramai yang mendakwa memiliki sifat yang sama.
Sebagai seorang yang pernah menjalani latihan dalam bidang undang-undang, gaya penulisan Hannah mencerminkan latar belakang tersebut.
Buku itu juga menawarkan perspektif segar untuk mereka yang ‘letih’ dengan suasana politik semasa, sambil memberikan harapan kepada mereka yang berminat untuk mendalami isu-isu semasa Malaysia.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune