Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Beras seludup bernilai RM561,160 dirampas di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya mematahkan cubaan menyeludup 35,290 kilogram beras Thailand di kawasan pengkalan haram Yasin, Lubok Gong pada Selasa lalu.

Operasi yang dijalankan sekitar pukul 1.39 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 32 tahun dan rampasan sebuah treler jenis Volvo bernilai RM420,000.

Ketua operasi, Insp. Muhammad Zul Helmi Suparlan berkata, rampasan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan yang mendapati kawasan tersebut sering menjadi lokasi aktiviti penyeludupan.

“Ketika rondaan, pasukan kami menahan sebuah treler yang mencurigakan, pemeriksaan lanjut menemui beras seberat 35,290 kilogram yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Nilai keseluruhan rampasan, termasuk treler dianggarkan sebanyak RM561,160,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suspek, Mohd Afiq Rosli berasal dari Melor, Kelantan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994 kerana gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan barangan tersebut.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama anggota Strike Force Kompeni B, Batalion 9 PGA, dan Unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk tindakan lanjut.

“Operasi seperti ini akan terus dipergiat bagi memastikan aktiviti penyeludupan di sempadan dapat dibanteras,” katanya lagi.

Pihak berkuasa menegaskan komitmen mereka untuk menjaga keselamatan sempadan negara dan memastikan undang-undang berkaitan kawal selia padi dan beras dipatuhi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button