Jenayah & Mahkamah

Polis tahan tiga warga Indonesia bantu siasatan penemuan jasad wanita peluk bayi tepi jalan

KULAI – Polis menahan tiga warga Indonesia termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes penemuan jasad wanita dengan bayi yang baharu dilahirkan di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mereka yang berusia antara 42 hingga 53 tahun ditahan di sekitar Kulai dan Johor Bahru antara pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kulai membuat tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek.

“Anggota turut merampas empat telefon bimbit, sebuah kereta, tilam dan tikar,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

kelmarin, penduduk di taman berkenaan digemparkan dengan penemuan jasad wanita memeluk jasad seorang bayi dipercayai baru dilahirkan, oleh orang ramai yang sedang melalui kawasan tersebut pada pukul 8 pagi.

Siasatan awal polis tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada jasad wanita dan bayi itu manakala satu organ dipercayai uri turut ditemukan berhampiran kawasan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button