Berita Semasa

Piket 1.0: KPPSHM bantah diskriminasi, tatakelola Suhakam

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (KPPSHM) akan mengadakan Piket 1.0 pada 10 Januari ini bagi membantah amalan yang didakwa satu bentuk diskriminasi dan tatakelola buruk dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Presiden Penaja KPPSHM, Elza Nadiah Shaik Sulaiman berkata, piket tersebut akan berlangsung di hadapan Bangunan TH Perdana, Jalan Sultan Ismail dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bukan untuk mencemarkan reputasi mana-mana pihak, tetapi sebagai usaha mempertahankan hak asasi manusia dan hak pekerja yang menjadi tunjang perjuangan Suhakam sejak penubuhannya 25 tahun lalu.

Menurut Elza, antara isu utama yang dibangkitkan ialah kenaikan gaji jawatan Timbalan Setiausaha yang didakwa tidak adil kerana perjawatan lain dinafikan hak kenaikan gaji.

Selain itu, sistem penilaian prestasi pegawai dikatakan berbeza antara Timbalan Setiausaha dan kakitangan lain serta penafian hak kenaikan gaji berdasarkan Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Piket itu juga dilihat selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Arahan No. 1 Tahun 2023 yang menekankan kepentingan memperkukuh tatakelola nasional di semua peringkat pentadbiran.

KPPSHM menyeru semua pihak agar menyokong usaha ini untuk memastikan keadilan ditegakkan dan tatakelola yang baik dapat dilaksanakan dalam organisasi.

Piket yang dianjurkan itu dijangka menarik perhatian masyarakat terhadap isu dalaman Suhakam yang dikatakan semakin meruncing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button