Kes kematian di konsert Pinkfish, polis sudah rakam keterangan seorang lagi individu
KUALA LUMPUR: Pihak polis sudah mengambil keterangan daripada seorang lagi individu berhubung siasatan kes kematian empat individu ketika konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, 31 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, individu berkenaan yang sebelum ini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah dibenarkan pulang dan keterangannya diambil semalam.
Tambahnya, setakat ini pihaknya sudah menambil keterangan daripada 50 individu berusia antara 20 hingga 60 tahun yang terdiri daripada rakan dan ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Kita masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan seorang lagi individu yang masih menerima rawatan di PPUM yang kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, empat pengunjung konsert tersebut yang berusia antara 20 hingga 40 tahun maut manakala dua lagi terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dipercayai akibat mengambil bahan terlarang disyaki ekstasi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune