Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan – Dr Zaliha
PUTRAJAYA – Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan didedahkan kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, minit mesyuarat itu adalah sulit dan hak kuasa hanya ada pada lembaga tersebut.
“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Jadi kita tidak boleh buat perkara tersebut ‘open’.
“Itu hanya hak lembaga pengampunan. Minit mesyuarat tidak akan didedahkan,” katanya.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kiosk Sentuhan Madani yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.
Terdahulu, cadangan pendedahan minit mesyuarat itu dibuat Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Akin semalam, sambil berkata ia memberikan kejelasan dan menghentikan spekulasi berkaitan pengampunan diberikan kepada Najib.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune