Luar Negara

Tiga terbunuh pesawat bawa pelancong terhempas dalam laut

PERTH – Sebuah pesawat ringan yang membawa enam pelancong dilaporkan terhempas berhampiran Pulau Rottnest, dekat sini semalam.

Media tempatan menyebut, nahas melibatkan pesawat Cessna 208 Caravan itu mengorbankan dua pelancong, masing-masing warga Switzerland dan Denmark, serta juruterbang.

Tiga lagi pelancong dilaporkan cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komisioner Polis Negeri, Col Blanch, mengesahkan siasatan telah dimulakan untuk menentukan punca kemalangan tersebut.

Pesawat berkenaan terhempas sebaik cuba berlepas, dan kejadian tersebut turut disaksikan puluhan pelancong lain yang berada di kawasan pantai berkenaan.

Video kejadian turut menjadi tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button