Berita Semasa

Sembilan cedera kemalangan lapan kenderaan termasuk lori, bas

ALOR GAJAH – Sembilan cedera dalam satu kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Simpanan Kenderaan Berat, di Lebuh SAS (Sungai Udang, Ayer Keroh, Selandar), di sini pagi tadi.

Menurut Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Pisar Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pukul 10.28 pagi.

Seramai 30 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jasin Bestari kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah bas, dua kenderaan pacuan empat roda (4WD), tiga lori, kereta Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV).

“Terdapat 15 orang mangsa terdiri daripada 13 lelaki dan dua perempuan. Seorang daripada mereka parah iaitu pemandu bas manakala lapan lagi cedera ringan dan enam selamat,” katanya, hari ini.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button