PSSI sahkan Kluivert dilantik jurulatih Sang Garuda
JAKARTA – Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) hari ini mengesahkan bekas penyerang lagenda Belanda, Patrick Kluivert dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad Sang Garuda.
Menurut PSSI dalam satu kenyataan di laman webnya hari ini, Kluivert manandatangani kontrak selama dua tahun, iaitu sehingga 2027.
Beliau akan dibantu dua penolong jurulatih, Alex Pastoor dan Denny Landzaat selain tambahan dua jurulatih tempatan yang akan diserapkan kemudian.
“PSSI mengeshakan kehadiran Patrick Kluivert sebagai pengendali baharu skuad Indonesia.
“Pelatih dari Belanda tersebut menandatangani kontrak selama dua tahun bermula 2025 hingga 2027 dengan pilihan untuk menambah tempoh kontrak,” kata kenyataan itu, hari ini.
PSSI turut memberitahu, Kluivert akan tiba Sabtu ini dan mengadakan sidang media khas kepada umum pada Ahad nanti.
“Kluivert dijadualkan melakukan debut pertama bersama Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Sydney menentang Australia pada 20 Mac nanti,” kata kenyataan tersebut.
PSSI sebelum ini mengejutkan ramai peminat dan pemerhati bola sepak dengan memecat jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong, kelmarin.
Untuk rekod, Tae-yong yang pernah membimbing skuad antarabangsa Korea Selatan dilantik menjadi pengendali Indonesia bermula Januari 2020.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune