Berita SemasaSukan

Piala Liga Inggeris: Newcastle kejutkan Arsenal di Emirates

LONDON – Alexander Isak menjaringkan gol ke-50 untuk Newcastle United apabila pasukan kendalian Eddie Howe itu hampir ke final Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Arsenal 2-0, awal pagi tadi.

Isak meledak gol sebelum separuh masa pertama dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Emirates, sebelum memainkan peranan penting dalam gol kedua Newcastle yang dijaringkan oleh Anthony Gordon selepas rehat.

Arsenal gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik, dengan percubaan Gabriel Martinelli terkena tiang gol pada separuh masa pertama dan Kai Havertz turut mensia-siakan peluang keemasan.

Newcastle yang tidak memenangi trofi utama sejak 1955, sedang dalam prestasi cemerlang dan kini menjadi pilihan utama untuk memenangi aksi kedua di Tyneside bulan depan.

Arsenal yang sebelum ini belum tewas dalam 13 perlawanan berturut-turut di semua pertandingan, gagal memberikan prestasi terbaik mereka menentang pasukan Newcastle.

Isak yang kini sukar dihentikan, telah menjaringkan 10 gol dalam sembilan penampilan terakhirnya untuk kelab.

Penyerang dari Sweden itu mensia-siakan satu peluang awal yang melambung tinggi di atas palang gol tetapi membuktikan ketajamannya pada minit ke-37 apabila satu hantaran panjang ke dalam kotak penalti berjaya disudahkan pemain berusia 25 tahun itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button