Lelaki maut akibat ditembak
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di Taman Setia Indah di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa merupakan seorang warga tempatan berusia 40 tahun.
Tambahnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian itu.
“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa maut. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek, saksi kejadian dan motif kejadian.
“Polis juga sedang menunggu keputusan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video kejadian dalam media sosial bagi mengelak spekulasi dan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sebelum ini, tular sebuah video dipercayai rakaman kamera litar tertutup berdurasi 27 saat menunjukkan mangsa dipercayai sedang bercakap dalam telefon, ditembak seorang lelaki dari arah belakang.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune