Luar Negara

JetBlue siasat penemuan dua jasad di ruang gear pendaratan pesawat

NEW YORK – Syarikat penerbangan JetBlue sedang menyiasat mengenai penemuan dua jasad dalam bahagian gear pendaratan sebuah pesawatnya, semalam.

Menurut JetBlue dalam satu kenyataan, kedua-dua jasad itu ditemukan dalam pesawatnya yang dalam penerbangan dari New York ke Florida.

“Identiti kedua-dua jasad masih belum dikenal pasti.

“Kedua-duanya ditemukan ketika anggota kami melaksanakan pemeriksaan rutin setelah pesawat itu mendarat di Fort Lauderdale,” kata kenyataan tersebut.

Antara siasatan dilaksanakan termasuk mengetahui bagaimana kedua-dua individu itu berjaya menyusup masuk ke dalam ruang pesawat Airbus berkenaan.

Syarikat itu tidak memberikan maklumat mengenai penerbangan yang dibuat oleh pesawat terbabit sebelum ini di luar Amerika Syarikat.

Insiden sebegini bukan kali pertama berlaku, kerana terdapat kes sebelum ini di mana terdapat pendatang tanpa izin cuba melakukan perjalanan berbahaya dengan memasuki ruang gear pendaratan pesawat jet.

Anataranya, satu jasad ditemukan di ruang yang sama pesawat United Airlines yang dalam perjalanan dari Chicago ke Maui iaitu salah satu pulau Hawaii, pada 24 Disember lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button