Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi Nepal – Wisma Putra
PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia setakat ini disahkan terlibat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84 kilometer (km) dari Lobuche, Nepal, pagi tadi.
Bagaimanapun, Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, menggesa rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan supaya kekal berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati dalam menghadapi situasi selepas gempa bumi.
Selain itu, rakyat Malaysia ni Nepal turut digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di Bakhundole-3, Lalitpur, melalui telefon di talian +977-1-5445680 atau +977-1-5445681 untuk pertanyaan umum atau +977-9801008000 untuk kecemasan.
“Selain itu, kedutaan boleh juga dihubungi menerusi e-mel ke mwkathmandu@kln.gov.my untuk bantuan umum atau kathmandu@imi.gov.my bagi urusan imigresen,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, lapotan media antarabangsa memberitahu, setakat ini 53 disahkan maut selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Tibet berhampiran sempadan Nepal pada Selasa.
Gegaran itu turut dirasai di beberapa kawasan di India, termasuk Bihar, Assam dan Bengal Barat.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune