Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Remaja perempuan 17 tahun ditemui selamat

CHERAS – Misteri kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak 29 Disember lalu terjawab apabila dia ditemui selamat di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata remaja terbabit, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani, dilaporkan berada di rumah rakannya sepanjang tempoh dia hilang.

“Penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya sebelum diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu, pada 4 Januari lalu, pihak polis memulakan usaha mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat ibu saudaranya pada 31 Disember.

Remaja berkenaan tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, sejak Februari tahun lalu.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, remaja itu berkurung dalam bilik selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya.- BERNAMA

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button