Oleh : ABDUL HAFIZ AHMAD
DI mana golongan berpendapatan rendah boleh menikmati perlindungan kesihatan asas dengan kadar mampu milik dan mampan?
Di mana mereka dapat menikmati produk dengan integrasi pendekatan ‘Harga Berasaskan Tuntutan’ yang unik, inovatif dan fleksibel tanpa kadar tetap?
Dengan Medik Asas yang bermula daripada hanya RM52 sebulan, perlindungan kesihatan asas boleh dimiliki melalui perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka.
Medik Asas ialah ‘rider’ baharu yang diperkenalkan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dan berasaskan konsep taawun (kerjasama dan tolong-menolong) sebagai sokongan kepada komitmen kelestarian sosial yang berterusan.
Bukan sekadar produk Takaful yang biasa, Medik Asas PruBSN menjadi penyelesaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan segera mereka yang tidak mempunyai jaminan kewangan dalam menghadapi kecemasan perubatan.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, pihaknya menawarkan rider baharu ini untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan Takaful yang mampu milik.
“Medik Asas PruBSN mampu memenuhi keperluan kira-kira 12.9 peratus rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak mendapatkan rawatan perubatan akibat kekangan kewangan dengan menyediakan perlindungan asas kemasukan ke hospital dan pembedahan.
“Medik Asas kami, bakal memberikan ketenangan fikiran, mengurangkan bebanan kewangan akibat kenaikan kos penjagaan kesihatan dan meningkatkan taraf kesihatan keluarga.
“Dalam erti kata lain, anda akan sentiasa dilindungi selagi anda memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Medik Asas menyediakan perlindungan perubatan asas merangkumi penjagaan rawatan bagi pesakit dalam hingga pesakit luar, penyakit utama dan lanjutan manfaat penjagaan sehingga RM100,000 setahun serta perlindungan tanpa had seumur hidup.
“Medik Asas lebih menonjol berbanding produk perlindungan perubatan tradisional lain yang bermakna sumbangan para pelanggannya akan lebih rendah jika mereka tidak membuat tuntutan malah memberi anda ganjaran menerusi diskaun untuk penolakan Tabarru’.
“Medik Asas juga memudahkan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam melalui kemudahan tanpa tunai di hospital kerajaan Malaysia dan panel hospital swasta terpilih dan menawarkan manfaat tambahan dan istimewa seperti elaun harian dan penjagaan tambahan untuk golongan paling terdedah iaitu warga emas,” kata Saifulrizal.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari prubsn.com.my pada carian Medik Asas, Prudential BSN Takaful dan Medic TotalCare.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune