Malaysia, Singapura buka semula rundingan isu tertangguh – PM Anwar
PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura akan membuka semula rundingan mengenai beberapa isu tertangguh melibatkan ruang udara, sempadan maritim, dan bekalan air.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun rumit, kerajaan akan mengambil pendekatan secara menyeluruh dan holistik untuk menyelesaikannya.
“Beberapa perkara yang dituntut oleh Singapura dan beberapa yang dituntut oleh Malaysia akan dipertimbangkan sepenuhnya, dengan matlamat penyelesaian menang-menang,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Lawrence Wong selepas Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 di Perdana Putra, hari ini.
Perdana Menteri menegaskan, isu-isu lama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama positif dalam aspek ekonomi, tenaga, digital, pelaburan, dan perdagangan antara kedua-dua negara.
“Rundingan ini telah berlangsung selama beberapa dekad, dan kita tidak perlu menunggu beberapa dekad lagi untuk menyelesaikannya.
“Kami bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi menyemak kemajuan, supaya pasukan teknikal dan pakar dapat menanganinya dengan lebih cepat,” katanya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune