Berita Semasa

KESUMA komited perkukuh kebajikan pekerja

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menegaskan komitmen untuk memperkukuhkan kebajikan pekerja dan pembangunan modal insan negara melalui pelbagai inisiatif strategik yang selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, usaha tersebut melibatkan reformasi undang-undang, peningkatan kemahiran pekerja, serta perlindungan sosial bagi memastikan tenaga kerja Malaysia kekal relevan di peringkat global.

“Latihan dan Pembangunan Kemahiran sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan menerusi Bajet 2025 untuk program latihan dan kursus peningkatan kemahiran.

“Program ini dirancang sejajar dengan keperluan industri bagi memastikan pekerja lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.

“Kami mahu memastikan pekerja Malaysia bukan sahaja kompeten tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan ekonomi yang dinamik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Steven berkata, KESUMA sedang melaksanakan reformasi terhadap 28 akta di bawah kementerian bagi memastikan kesesuaian dengan perkembangan semasa dan piawaian antarabangsa.

“Perlindungan sosial pekerja turut diperkukuh dengan pelaksanaan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),” katanya lagi.

KESUMA turut memperkenalkan inisiatif rekayasa untuk meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan.

Steven turut berkata, langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan lebih mesra pengguna dan memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

“Dalam masa sama, hubungan dengan kesatuan sekerja juga diperkuatkan bagi mengekalkan keharmonian industri.

“Kami yakin inisiatif itu akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan dan memastikan pekerja Malaysia terus sejahtera,” katanya lagi.

Langkah-langkah itu dijangka memberikan impak positif kepada kebajikan pekerja, selain meningkatkan daya saing negara dalam landskap ekonomi global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button