Indonesia serta BRICS sebagai anggota penuh
JAKARTA – Indonesia secara rasmi menyertai BRICS sebagai anggota penuh, seperti yang diumumkan oleh Brazil, selaku pengerusi semasa BRICS.
Penyertaan itu menjadikan Indonesia negara keenam menyertai BRICS selepas Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Penyertaan Indonesia sebelum ini diluluskan sebulat suara oleh negara-negara anggota semasa sidang kemuncak BRICS 2023 di Johannesburg.
Langkah itu dilihat bakal memperkukuh hubungan BRICS dengan negara-negara di rantau ini.
Penyertaan Indonesia dalam BRICS dijangka membawa manfaat ekonomi dan geopolitik, memandangkan statusnya sebagai ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang di Asia Tenggara.
Dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kira-kira 1.4 trilion dolar amerika, populasi melebihi 280 juta dan pertumbuhan ekonomi tahunan melebihi 5 peratus sepanjang dekad lalu.
Langkah itu juga mencerminkan usaha Indonesia meningkatkan pengaruhnya di peringkat global dan memperkukuh kerjasama dengan negara-negara membangun lain.
China menyambut baik kemasukan Indonesia dan menyifatkannya sebagai langkah positif untuk BRICS dan Selatan Global.
Kumpulan kerjasama ekonomi itu kini mewakili hampir separuh populasi dunia dan lebih 41 peratus daripada KDNK global.
BRICS meletakkan dirinya sebagai penyeimbang kepada institusi yang dipelopori barat, terutama Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat (AS) dipilih, Donald Trump baru-baru ini memberi amaran untuk mengenakan tarif 100 peratus jika BRICS membangunkan mata wang pesaing kepada dolar AS.
Keanggotaan Indonesia mengukuhkan pengaruh BRICS dan menyerlahkan peranannya dalam mencorak kerjasama ekonomi global.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune