Luar Negara

Gempa bumi magnitud 7.1 gegar Tibet

BEIJING – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 melanda wilayah terpencil di Tibet pagi tadi, lapor media rasmi China.

Menurut Xinhua, gGempa tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman pusat gempa diukur pada 10 kilometer, diikuti beberapa gegaran susulan.

Setakat ini, sembilan mangsa dilaporkan terbunuh, dengan berpuluh lagi dilaporkan terperangkap dalam bangunan yang runtuh.

Pusat Gempa Bumi China (CENC) dan United States Geological Survey (USGS) melaporkan pusat gempa terletak di kawasan tinggi di dataran Tibet, berhampiran sempadan Himalaya dan Nepal.

Bandar utama terdekat, Shigatse, yang terletak kira-kira 180 kilometer dari pusat gempa, juga merasai gegaran tersebut.

Sementara itu, media India melaporkan, gegaran tersebut turut dirasai sejauh ibu kota Nepal, Kathmandu, yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Shigatse, serta beberapa kawasan di utara India.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button