Cadangan ujian urin pengunjung konsert di Selangor perlu penelitian mendalam – Fahmi
KUALA LUMPUR – Cadangan untuk mewajibkan ujian air kencing kepada pengunjung konsert di Selangor masih dalam peringkat awal dan belum dibincangkan secara mendalam, demikian kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, yang juga jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan, cadangan itu memerlukan pertimbangan teliti di peringkat kerajaan negeri Selangor.
“Saya percaya kerajaan negeri Selangor akan menilai perkara ini kerana melibatkan pelbagai pihak, termasuk pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), di ibu negara, hari ini.
Fahmi menambah, Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau telah meminta persatuan yang mewakili konsert dan penganjuran konsert untuk menyampaikan kebimbangan mereka secara rasmi kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan beliau sendiri untuk diteliti.
“Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira, seperti pematuhan undang-undang dan prosedur polis. Niatnya adalah untuk mencari titik keseimbangan untuk penganjuran acara konsert dengan keselamatan pengunjung,” katanya.
Cadangan itu susulan insiden pada konsert PinkFish pada Malam Tahun Baru di Subang Jaya, di mana empat pengunjung dilaporkan maut akibat overdosis ekstasi, manakala tiga lagi jatuh sakit.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengesyorkan ujian dadah sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi pengunjung konsert bagi mencegah tragedi serupa.
Ng berkata, garis panduan untuk konsert di Selangor sedang dikaji semula untuk menangani risiko insiden berkaitan dadah.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune