UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
KUALA LUMPUR – UMNO merayu ihsan dan kebijaksanaan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu dibuat di bawah peruntukan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, UMNO menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas perakuan sahih mengenai Titah Addendum yang mengesahkan penahanan dalam rumah (house arrest) terhadap Najib adalah benar dan sahih.
“Perakuan kesahihan Titah Addendum ini yang dizahirkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang membuktikan kebenaran afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib yang telah dibuat oleh saya dan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, sebelum ini,” katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan agar kes pengesahan kewujudan Titah Adendum bagi tahanan rumah membabitkan Najib dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.
Keputusan majoriti 2 -1 dibuat Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril memerintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman yang dikemukakan bekas perdana menteri itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.
Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC Inter
Mengenai keputusan hari ini, beliau berkata, UMNO menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan akan terus berjuang untuk menuntut keadilan bagi bekas perdana menteri itu.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong setia yang terus memberikan sokongan dan doa kepada Najib sepanjang tempoh ini.
“Semangat serta doa anda semua menjadi kekuatan kepada kami untuk terus berjuang,” tambah Zahid lagi.
Kes Najib terus menjadi perhatian, dengan rayuan pengampunan ini dilihat sebagai usaha terakhir bagi membebaskan beliau daripada hukuman yang sedang dijalani.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune