Berita Semasa

Laluan ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai, Lojing terputus akibat tanah runtuh

CAMERON HIGHLANDS – Laluan ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai, Perak dan Lojing, Kelantan terputus akibat tanah runtuh di Jalan Besar di Kampung Raja, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands berkata, kejadian itu dipercayai disebabkan hujan lebat dan berterusan melanda kawasan tersebut.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi tadi tetapi tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Menurutnya, berikutan kejadian itu jalan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

“Orang ramai ingin ke pusat pelancongan terbabit boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Sungai Koyan di Lipis dan Jalan Tapah ke Cameron Highlands”.

“Kerja pembersihan runtuhan tanah di lokasi kejadian sedang dilakukan,” katanya kenyataan dalam satu kenyataan, hari inin.

Menurutnya, pemantauan juga sedang dilakukan di kawasan runtuhan bagi memastikan status keselamatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button