Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Isu warga Palestin merusuh akan dibincang di Kabinet

SEPANG – Jemaah Menteri akan membincangkan isu rakyat Palestin yang mencetuskan kekecohan di Transit Kuala Lumpur pada Rabu ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat juga dijangka membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil kerajaan ekoran kejadian berkenaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini sudah pasti akan mendapat maklumat terkini daripada Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) dan dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu ada dibangkitkan aspek pemindahan ke premis baharu.

“Setakat ini belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu (ini), akan ada sedikit perkembangan,” katanya memetik laporan BUletin TV3.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di sini, hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan, insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di WTKL berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Dalam satu kenyataan, ATM memaklumkan bahawa kejadian pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa membabitkan sebarang pergaduhan atau kecederaan dilaporkan.

Insiden itu adalah kejadian kedua yang dilaporkan selepas kejadian pada Oktober tahun lalu.

Pada 16 Ogos, Malaysia membawa 127 rakyat Palestin, termasuk 41 individu yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, ke negara ini untuk menerima rawatan perubatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button