Hakim Mahkamah Rayuan rasa ‘terganggu’ tiada bantahan daripada AGC mengenai kewujudan Titah Adendum
PUTRAJAYA – Salah seorang hakim yang menganggotai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengatakan ‘terganggu’ kerana tidak ada langsung bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kewujudan Titah Adendum yang dikemukakan pasukan Datuk Seri Najib Razak.
Hakim, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata, mahkamah hari ini bersedia untuk mendengar rayuan berkenaan Titah Adendum.
“Apa yang saya lihat adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Tiada apa-apa kenyataan (afidavit balasan) daripada pejabat Peguam Negara (AGC) yang mengenepikan atau mana-mana responden yang menafikan kewujudan titah tersebut.
” Ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu.
“Saya menyatakan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya, tetapi saya terganggu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Peguam Kanan Persekutuan mewakili AGC, Shamsul Bolhassan membacakan afidavit AGC yang menegaskan keputusan mesyuarat lembaga pengampunan sebelum ini tidak menyebut apa-apa berkaitan titah adendum mengenai perintah tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune