Berita Semasa

Anak-anak Najib tiba di mahkamah

Pekarangan mahkamah dipenuhi peokong, mahu tahu perlembangan terkini

PUTRAJAYA -Anak-anak bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman di sini sebentar tadi bagi mengikuti pendengaran rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Datuk Mohd Nizar, Datuk Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa tiba kira kira pukul 8.50 pagi.

Hanya berselang lima minit, pasukan peguam Najib diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba bagi mengikuti pendengaran rayuan itu.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan tiba kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman turut melaungkan’Hidup Bosku’ sebagai menyambut kehadirannya.

Lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong PAS berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap bekas perdana menteri itu berhubung prosiding Mahkamah Rayuan bagi menentukan ada atau tiada Titah Adendum.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button