Rencana

Tomiko Itooka meninggal pada usia 116 tahun, kongsi rahsia Centurian

OSAKA – Tomiko Itooka, wanita Jepun yang pernah diiktiraf sebagai antara manusia tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 116 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah rumah jagaan di Osaka, kelmarin, dikelilingi ahli keluarga terdekat yang sentiasa menjadi tonggak kekuatannya.

Pemergian Tomiko, yang dilahirkan pada 8 Januari 1909, menutup tirai kehidupan yang penuh warna-warni dari zaman Meiji hinggalah ke Jepun moden.

Sepanjang hayatnya, Tomiko dikenali sebagai wanita yang cukup berdedikasi dengan membantu suaminya yang menguruskan sebuah kedai runcit kecil sambil membesarkan tiga anak.

Selepas bersara pada usia 75 tahun, Tomiko aktif banyak menghabiskan masanya dengan menyertai kelas kaligrafi dan seni ikebana, hobi yang dikatakan membantunya mengekalkan ingatan tajam hingga ke usia lanjut.

Selain aktiviti kaligrafi yang menjadi terapi hariannya, Tomiko di dalam beberapa siri temu bual berkongsikan rahsia diet yang dipercayainya menjadi kunci umur panjangnya.

“Dalam kehidupan saya seharian, diet saya tidak lari daripada menikmati sayur-sayuran, ikan, nasi dan teh hijau. Ia adalah diet turun-temurun.

“Selain itu, amalan berjalan kaki pada setiap pagi dan mengekalkan sikap positif mungkin menjadi ‘suplemen’ untuk minda saya kekal sihat,” katanya.

Ketika menyambut ulang tahun ke-115, Tomiko diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai salah seorang manusia tertua di dunia.

pada sambutan hari lahir baru-baru ini.

Beliau yang ketika itu masih sihat dan ceria, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya atas kasih sayang dan sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi.

“Keluarga saya adalah sumber kekuatan saya,” katanya.

Doktor yang merawat Tomiko menyifatkannya sebagai seorang yang sentiasa ceria dan penuh kasih sayang.

“Dia memiliki semangat luar biasa walaupun usianya lanjut,” kata seorang jururawat di rumah jagaan seperti dilapor Mainichi Daily.

Tomiko Itooka ketika diiktiraf Guinness World Records sebagai salah seorang manusia tertua di dunia.

Pemergian Tomiko kelmarin ternyata dirasai bukan sahaja oleh ahi keluarganya, malah seluruh komuniti di Osaka.

Ramai yang melihatnya sebagai simbol ketabahan dan inspirasi dalam menjalani kehidupan yang sederhana namun penuh bermakna.

“Ibu saya seorang wanita hebat. Dia selalu mengingatkan kami untuk bersyukur dengan apa yang ada dan menjaga hubungan sesama keluarga,” kata anaknya, Hiroshi Itooka.

Majlis pengebumian Tomiko dijadualkan berlangsung secara tertutup, dengan jemputan dalam kalangan ahli keluarga terdekat.

Tomiko meninggalkan dunia sebagai legasi dan juga ikon Centurian yang memberi pengajaran kepada kita tentang peri pentingnya sokongan ahli keluarga dan menjalani kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang disukai.

 

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button