Sanusi sahkan hadir himpunan solidariti Najib Razak esok
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan akan menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok.
Kata Sanusi, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah untuk mengetahui sendiri sama ada Titah Adendum berkenaan bekas perdana menteri itu wujud atau tidak.
“Siapa hendak pergi, silakan… tidak mahu pergi, sudah.
“Saya akan hadir, nak tengok Titah Adendum itu ada atau tidak. Ada orang kata ada, ada orang kata tidak ada, selepas itu kata ada. Kita tengok ada atau tidak ada… sebab itu saya hendak pergi mahkamah (di Putrajaya), esok,” katanya selepas hadir pada Majlis Penutup Kempen PKNK Cashless, di sini hari ini.
Sementara itu, pihak polis sudah mula mengatur petugas bagi kawalan lalu lintas, pemantauan serta penguatkuasaan di kawasan sekeliling Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata anggota tambahan dari Kuala Lumpur turut dihantar untuk memberi bantuan di Putrajaya.
Katanya, penugasan awal akan bermula tengah malam ini hingga ke esok termasuk bantuan dari Perbadanan Putrajaya untuk sebarang halangan kenderaan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune