Jenayah & Mahkamah

Polis tahan wanita curi beg tangan pelanggan pasar raya

KLANG – Polis berjaya menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kecurian beg tangan di sebuah pasar raya di Pandamaran, Klang, dekat sini petang Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Dearah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, suspek seorang wanita berusia 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada pukul 1 pagi, Khamis lepas.

“Polis (turut) menemukan semua barang milik pengadu yang dicuri suspek.

“Semakan mendapati, suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Klang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial, dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button