![](https://i0.wp.com/malaysiatribune.news/wp-content/uploads/2025/01/penyewa.jpg?resize=780%2C470&ssl=1)
Pengusaha kesal kenderaan disewa ‘penyewa dari neraka’
Dipercayai digunakan untuk angkut buah sawit
KOTA MARUDU – Seorang pengusaha kereta sewa kecewa apabila salah sebuah kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat tindakan penyewa tidak bertanggungjawab.
Individu berkenaan yang menggunakan nama Salvisteh Sal di Facebook berkata, kereta jenis Perodua Axia miliknya dipulangkan penyewa dengan kesan perlanggaran, tayar botak, bampar pecah, dan bahagian dalaman yang kotor.
Lebih mengecewakan, lampu indikator amaran enjin juga menyala, menandakan terdapat kerosakan besar.
“Inilah, penyewa (yang) buat pada kereta.
“Lepas tu, tak mahu bertanggung jawab, dia tinggalkan kereta macam tu sahaja. Habis kereta…” katanya dalam satu video dimuat naik di akaun miliknya, baru-baru ini.
Video sama turut memaparkan keadaan kereta yang kotor, dipercayai akibat digunakan bagi mengangkut buah sawit.
Menurut Salvisteh, usaha untuk berhubung dengan penyewa menemui jalan buntu apabila nombor telefonnya disekat.
Malah, penyewa tersebut telah melarikan diri tanpa sebarang ganti rugi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune