Berita Semasa

Duta Palestin sedih insiden kecoh di WTKL

KUALA LUMPUR – Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali kesal dan sedih dengan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), petang semalam.

Tegas beliau, tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya dan etika rakyat Palestin, dan memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia dan kedutaan Palestin komited untuk menangani isu itu serta menawarkan sokongan kepada mereka yang terjejas.

“Isu ini sedang dibincangkan dengan pihak berkuasa Malaysia. Saya benar-benar sedih dengan apa yang berlaku.

“Ini bukan etika kami dan bertentangan dengan budaya kami. Kerajaan Malaysia dan kedutaan Palestin sedang melakukan yang terbaik untuk membantu,” katanya kepada BERNAMA, di sini hari ini.

Insiden di WTKL pada pukul 5 petang semalam itu disahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan, pagi tadi.

Menurut ATM, kejadian tersebut berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Insiden itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan dilaporkan, namun terdapat kerosakan kecil pada perabot di WTKL.

Utuk rekod, kejadian serupa pernah berlaku Oktober tahun lepas.

Rakyat Palestin tersebut, seramai 127 orang, tiba di Malaysia pada 16 Ogos lepas.

Daripada jumlah itu, 41 yang tercedera akibat serangan rejim zionis di Gaza, dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, manakala saudara-mara mereka ditempatkan di WTKL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button