Berita SemasaSukan

Barcelona gagal daftar Olmo, Victor bagi separuh kedua musim LaLiga

BARCELONA – Cubaan kelab Barcelona untuk mendaftarkan dua pemain, Dani Olmo dan Pau Victor bagi separuh kedua musim ini ditolak pihak berkuasa bola sepak Sepanyol, semalam.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan LaLiga dalam satu kenyataan bersama berkata, permohonan itu ditolak kerana ‘tiada asas kukuh membenarkan kedua-dua pemain itu didaftarkan’.

“Jawatankuasa Pemantauan bersetuju untuk tidak memberikan kelulusan awal atau lesen definitif yang diminta oleh FC Barcelona untuk pemain Daniel Olmo Carvajal dan Pau Victor Delgado,” kata RFEF.

Sementara itu, kata LaLiga, perbelanjaan tambahan dibenarkan sekiranya terdapat kecederaan jangka panjang pada pemain lain yang akan melemahkan pasukan, tetapi peraturan tersebut tidak boleh dieksploitasi untuk membenarkan pendaftaran pemain yang gajinya melebihi had.

Untuk rekod, Barcelona menandatangani Olmo,26, dari RB Leipzig dengan kontrak enam tahun pada bulan Ogos dengan nilai sekitar 55 juta euro (US$56.7 juta) dan Victor,23, pada bulan Julai, tetapi hanya mendaftarkan mereka untuk separuh pertama musim kerana had gaji LaLiga.

Kelab itu berjaya mendaftarkan Olmo selepas kecederaan jangka panjang menyebabkan beberapa pemain utama pasukan tersisih selama berbulan-bulan, membolehkan Barcelona memperuntukkan sebahagian gaji untuk mendaftarkan pemain yang menjadi penjaring terbanyak bersama di Euro 2024.

Media Sepanyol melaporkan bahawa Barcelona merancang untuk mengemukakan aduan kepada kerajaan Sepanyol melalui Mahkamah Sukan Pentadbiran (CSD) sebagai usaha terakhir untuk membolehkan kedua-dua pemain beraksi.

Barcelona kini berada di tangga ketiga LaLiga, lima mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button