Berita Semasa

ATM sahkan kekecohan libatkan warga Palestin di wisma transit

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) semalam pada jam 5 petang.

Menurut Markas ATM dalam satu kenyataan, kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan
proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

“Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat.

“Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, warga Palestin telah bersurai kira-kira jam 7.30 petang.

Tangkap layar video warga Palestin yang membakar dan mencetuskan kekecohan di WTKL semalam.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut.

Semalam tular video warga Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan mengadakan mogok lapar di WTKL.

Selain mengadakan mogok terdapat juga antara mereka yang membakar perabot.

Insiden itu merupakan yang kedua berlaku selepas berlaku insiden sama pada Oktober tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button