Politik

Ahmad Fadli nafi buat hantaran sindir, hina Yang di-Pertuan Agong

CYBERJAYA – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menafikan membuat hantaran sosial media yang didakwa menyindir dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan himpunan solidariti bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, esok.

Beliau turut kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang cuba mengheret nama Sultan Ibrahim dalam isu berkenaan walhal secara jelas tiada mana-mana bahagian dalam titah Baginda yang melarang perhimpunan tersebut, esok.

“Tiada mana-mana bahagian dalam hantaran saya itu yang diniatkan dan boleh dianggap demikian (menghina Sultan Ibrahim).

“Nasib baiklah Pemuda UMNO (Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh) mengisytihar bahawa mereka akan hadir dan ini membuktikan mereka juga memahami kehadiran di himpunan itu bukanlah bererti derhaka kepada Agong.

“Persoalannya, kenapakah pemahaman Pemuda UMNO berbeza dengan pemahaman Presiden dan Setiausaha Agung UMNO?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata, beliau sedia sedia disiasat berhubung dakwaan dibuatnya itu.

Walaupun demikian, selaku rakyat Malaysia, Pemuda Amanah (Pemuda Parti Amanah Negara) berhak untuk membuat laporan polis, dan saya sebagai warganegara Malaysia, tentulah bersiap sedia untuk disiasat sebagaimana proses keadilan di Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, Ahmad Fadhli didakwa membuat hantaran kiasan ‘Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban’ di akaun media sosial miliknya.

Pantun yang dimuat naik oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Kiasan berbaur sindiran dikongsi Ahli Parlimen Pasir Mas itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemimpin politik dan wakil rakyat, yang mempersoalkan maksud serta tujuan hantaran berkenaan.

Hantaran itu dipercayai dibuat sebagai respon kepada pengumuman parti UMNO yang mengumumkan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut, esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button